Sunday, December 2, 2012

sentiasa ingat.

hai awak. awak sihat? btw saya dah lama tak contact awak. saya tahu sekarang ni kita makin rengang kan?
saya tak tahu kenapa semua ni jadi macam ini. saya harap awak faham kenapa semua ni jadi. sebenarnya saya tak nak semua ni jadi. kalau kita berakhir sekali pun saya tak nak kita berakhir macam ni je. setelah 9 bulan kita mencorakkan hubungan kita takkan nak berakhir macam ni kan. saya harap kita boleh berbincang masalah kita ini.

sejujurnye saya rindu awak. saya rindu awak yang dulu dan saya tak awak yang sekarang. awak dah tak sama macam dulu lagi. awak tanya diri awak apa yang dah berubah dekat diri awak tu. awak fikir lama-lama adakah awak masih sayang saya macam dulu. sayang macam mula-mula kita kenal. semalam saya tengok semua kenangan kita. awak ingat surat yang pernah awak bagi tu? surat yang first saya nangis dan kawan-kawan awak tolong tuliskan surat tu semalam saya baca surat tu. dan teringat masa awak cuba pujuk saya tu. dan surat tu lawak sangat.

first coklat yang awak bagi tu saya masih simpan lagi kertas nye tak rosak lagi tau punya elok saya jaga. walaupun kita dah tak boleh macam dulu lagi saya harap kita boleh sentiasa kawan. boleh kan? ouh sebelum saya terlupa 10.12 ni awak oprate kan. so awak kuat kan semangat awak tabahkan diri awak tau. nanti saya boleh lawat awak tak? saya doakan awak nanti. okay ceria selalu aniq thaqif assalamualaikum. :)  

Tuesday, November 6, 2012

keluar

assalamualaikum. waaaaa dah lama tak post. rasa pelik pula. anyway ini just nak letak gambar-gambar hang out je hari tu. okay just chillll :)

ha just it. hari tu pergi tengok movie "aku terima nikahnya". gelak sama-sama. then kami nangis pun sama-sama so sad. bye dear :)

Saturday, September 8, 2012

baru

hai assalamualaikum
lama tak update kan? well wifi sudah diambil oleh mak aku. hai macam ni lah budak nak periksa semua dah kena ambil. *sedeh*. ha hari ni ade jamuan kat sekolah aku dan jamuan biasa-biasa yang paling penting snap pic lah.  okey tutup lah cerita pasal ni malas nak cerita panjang.pmr dah semakin hampir. tak semua lagi aku baca hai mati lah dengg macam ni. hari-hari cikgu akan bercakap pasal pmr penat dah dengar ni. bila lah nak habis semua ni. dah tak sanggup ni. ouh sebelum tu lupa nak cakap "Selamat Hari Raya Aidilfitri" raya tak habis lagi so boleh lah cakap macam ni lagi hehe.raye ni biasa-biasa jela. dah semakin besar semakin sikit duit raye aku dapat. ini lagi lah sedih. jeles tengok budak-budak dapat duit raye banyak. okay lah bye.    

Monday, March 12, 2012

30 hari !

hai assalamualaikum
 sihat tak? btw dah start cuti sekolah so everyone say yeahhhhhhhh! suka lah budak budak sekolah yang pergi bercuti tu. aku kena siapkan folio then dengan homework nye lagi. cuti sekolah pun ade homework kan. well budak nak exam macam ni gaya nye. tak lepas daripada homework tu. sedih.

sebenarnya nak update pasal 30 hari ni. 30 hari apa? 30 hari kita couple haha. benda tak penting sangat pun. saje saje je nak update ni. hewhew. just want to say thankyou for 30 day you still with me. terima kasih layan perangai saya ni. terima kasih sebab jaga saya. hope kita still couple lagi. 

selama 30 hari banyak sangat buat perangai kat awak. banyak sangat menyusahkan awak. saya nak minta maaf kalau saya ada buat silap dekat awak. atau pernah sakit kan hati awak. dan apa apa jela yang buat awak marah kat saya. saya mintak maaf sangat ye. just all bye ~

p/s post pendek sangat tak cukup masa nak update panjang-panjang so enjoy your school holidays ^.^   

Monday, February 27, 2012

jaga diri kau dulu ye.

hai assalamualaikum

hari isnin bermula budak bersekolah balik.. ala tak puas cuti dua hari je. tambah lah sehari lagi hehe. pagi pagi beratur dalam dewan , dengarlah cikgu tu bercakap je. nyanyi lagu sekolah , ha nak tau tak? saya tak hafal lagi lagu sekolah tu hahaha. walaupun dah sebulan sekolah kat situ masih tak hafal lagi. HAHA.

subjek pertama kita nak belajar ialah subjek math weeeee.. eh kenapa sekarang saya minat subjek math aha? 
tetiba je minat subjek math ni.hehe. cubaan yang bagus. cikgu math lambat masuk so saya bersembang sakan lah dengan kawan saya ni. merapu je sembang nye.

adalah budak perempuan ni dia tanya saya. saya bagi nama dia T.
T: engkau couple dengan (secret)
saya: mane ade.
T: ala aku tahu , aku baca mesej ko dengan dia.
saya: (terus muka berubah)

ya allah , rasa nak marah je dia. perlu ke kau nak baca mesej aku dengan dia haa? aku rasa tak perlu kau nak baca mesej aku dengan dia. tolong lah wey tak payah nak jadi busybody sangat, jaga diri kau tu dulu lah. apa kaitan kau sampai nak baca mesej orang ni. hobi kau ke? aku tak nak marah kau , sebab aku tak sampai hati. 

kau pernah tolong aku time aku susah dulu , pernah tolong aku macam macam walaupun aku baru kenal kau. aku tak sangka pula kau buat aku macam ni. aku tau lah aku couple dengan bekas teman lelaki kau , so perlu ke kau nak buat semua ni. cuba kau , aku baca mesej kau mestilah kau marah kan. sebab itu "privacy" okay. ingat tu "privacy" bukan sesuka hati kau je nak baca mesej orang.

even , aku pun tak pernah nak baca mesej kawan kawan aku ni. aku boleh maafkan kau kalau kau tak buat macam ni lagi dekat aku. 

    

just say peace dude! (tak ada kaitan) dah bye assalamualaikum

p//s: tak payah lah nak buat macam ni nanti malu sendiri lah. ^.^

Tuesday, February 7, 2012

bulan yang membuat saya busy

hai assalamualaikum
bulan ni busy sangat mengalahkan orang yang dah bekerja. busy dengan homework yang cikgu-cikgu bagi thankyou cikgu bagi saya homework ni saya suka sangat.haha. 4.2 tadi saya sambut birthday kawan saya dia dah tua hehe. saya sambut birthday dia dekat kfc je  simple je  sambut birthday dia. biar simple asalkan semua orang happy betul tak? 

 birthday girl. yang tudung hitam tu lah.
semalam saya hangout dengan kawan-kawan saya ni. perancangan kite orang ni memang kelam-kabut lah. tak apa aku tak kesah pun asalkan aku dapat keluar dengan member aku ni. hilang sikit masalah aku ni tak ada lah asyik fikir homework homework je. 

sekarang saya dah menjadi pelajar yang dengar cakap sebab nye sekolah baru ni rules dia ketat sangat lah. memang menjadikan saya baik sangat hahaha. okay bye assalamualaikum  

Tuesday, January 24, 2012

atikah azahar sombong?

hai assalamualaikum

eaaa atikah azahar tu sombong lah. sebenarnya dah lama dah nak update pasal cerita ni tapi tak kesampaian sakarang baru nak cerita pasal cerita ni. ada orang cakap saya sombong tahu je siapa yang cakap saya sombong tu tapi tak mau bagi tau kat sini simpan  dalam hati je nama budak tu. *pegang dada*

mereka cakap saya sombong , saya sombong dari segi mana ? saya tak senyum kat awak ke? saya tak balas comment awak kat fb ke? saya tak terima awak sebagai kawan dekat fb ke? semua nak fecebook je. saya mengaku yang saya ni memang susah nak senyum tapi tak bererti saya sombong tau awak.

kalau saya tak layan awak kat sekolah tu saya mintak maaf lah ye sebab saya ni malu nak tegur budak-budak kat sekolah tu. nanti kalau saya peramah sangat awak cakap saya over kan. kalau awak nak tau saya ni memang tak sombong and saya ni memang peramah. kalau awak dah lama kawan saya mesti awak tahu perangai burok saya ni macam mana. hehe.

nanti hari khamis ni kan sekolah saya senyum je dekat semua orang tak kira lah awak kenal saya ke tak , saya akan tetap senyum je n__________n saya tak sombong tau awak. jangan salah anggap pula kalau saya tak senyum ke tak tegur awak ke tau-tau. tanyalah kawan-kawan saya tu macam mana perangai saya ni. 

nah senyum ikhlas saya ni.hehe. bye n_____n

read more here

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...